top of page

LATARBELAKANG SISTEM PEMASARAN KONVENSIONAL

Kebanyakan penerbit Melayu-Islam yang menerbitkan buku-buku dan majalah bercorak agama menyerahkan pengedaran bahan terbitan mereka  kepada pengedar bukan Islam. Antara pengedar yang terkenal termasuklah ABC Sdn. Bhd. dan XYZ Sdn. Bhd. Kebanyakan syarikat ini  “hidup” dengan mengedar buku dan majalah terbitan milik umat Islam. Umpamanya ABC Sdn. Bhd., mengedar lebih 20  majalah milik Melayu-Islam manakala Karangkreatif menyerah pengedarannya kepada XYZ Sdn. Bhd.

Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita perlu sedar bahawa;

  • Penerbit bahan-bahan tersebut [majalah dan buku], pemiliknya adalah mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
  • Bahan yang di edarkan adalah idea dan  tafsiran dari ulamak muktabar termasuk penggunaan ayat suci Al Quran dan Hadis Rasulullah yang menjadikan keAgungan kita umat Islam.

Adakah kita sedar bahawa mereka mengaut keuntungan diatas angin ke atas penerbitan bahan-bahan tersebut. Tugas mereka hanya mengedar. Jika bahan tersebut tidak laku mereka BOLEH pulangkan semula kepada penerbit. Mereka juga tidak membuat apa-apa publisiti berkait dengan produk yang mereka jualkan itu.

Adakah kita sebagai umat Islam ingin terus membiarkan sIstem pengedaran ini terus dikuasai oleh mereka? Adakah ada jalan keluar bagi mengatasi ‘masalah’ ini?

Adakah sistem pengedaran yang dikuasai oleh umat Islam perlu  diwujudkan. Adakah melahirkan kewujudannya juga  merupakan satu tuntutan FARDHU KIFAYAH?

bottom of page